Presiden NGO Just World, Chandra Muzaffar hari ini membidas ahli-ahli politik yang menggunakan pesawat negara sebagai jet peribadi mereka untuk tujuan membeli-belah kerana tindakan itu mengkhianati kepercayaan orang ramai.<br /><br />Berucap pada Seminar Kelestarian Integriti di ibu negara, Chandra tanpa menamakan sesiapa, Chandra berkata kakitangan awam dan ahli politik perlu mempunyai integriti tinggi kerana mereka diamanahkan untuk melakukan sesuatu tugas.
