Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata keputusan DAP yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur berpunca daripada tindakan sesetengah pemimpin yang tidak menjaga tindakan dan percakapan mereka.<br /><br />Katanya, Pakatan bukan sesuatu yang dapat diwujudkan dalam jangka masa pendek tetapi hasil perjuangan bertahun-tahun. Namun, apabila ‘mulut tak dijaga’, maka akhirnya ia berkubur.
