Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini merayu kepada kakitangan awam supaya menjaga rahsia kerajaan.<br /><br />Pada ucapannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), beliau berkata sekiranya kerajaan belum bersedia membuat pengumuman, penjawat awam harus memegang pada sumpah mereka dengan tidak membocorkan rahsia negara.