Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas apabila diajukan soalan berhubung siasatan polis mengikut Akta Hasutan ke atas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.<br /><br />Ia susulan kenyataan Nazri yang mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangan dalam politik boleh mengakibatkan baginda 'dibelasah' kerajaan.