Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berang dengan kegagalan Speaker Dewan Rakyat kerana gagal menegur Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden yang menjadikannya mangsa dengan kenyataan seksis.<br /><br />Katanya, selepas menyemak dengan Hansard, beliau mendapati pada sidang 9 Jun lalu, Bung Mokhtar berkata beliau kasihan dengan suami Zuraida kerana ada orang bercakap di laman sosial bahawa wajahnya menyerupai ‘hantu’ dan seperti‘mak lampir’.