Kekalahan barisan kepimpinan lama PAS yang digelar sebagai kumpulan progresif, pada pemilihan parti baru-baru ini, menjadikan parti itu semakin kukuh , kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.<br /><br />Menurutnya, kemenangan pemimpin yang memihak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun berdepan krisis dengan DAP membuktikan bahawa ia kini adalah parti alternatif kepada Umno.
