Presiden 1MDB Arul Kanda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Halmi Ibrahim akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu pertama bulan Ogos, kata pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.<br /><br />Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata jemputan rasmi akan dihantar kepada mereka tidak lama lagi.
