Usul memutuskan hubungan itu diluluskan tanpa bahas selepas PAS anjurkan pesta menghentam DAP – bermula daripada muktamar Dewan Ulama sehinggalah muktamar penuh Khamis hingga Sabtu lepas.<br /><br />Berdasarkan konteks ini, orang ramai faham bahawa PAS sudah mahu berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, setelah lama kata mengata dan sindir menyindir antara satu sama lain dilontarkan.