Kepulangan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas gagal berucap pada dialog bersama PM bertajuk ‘Nothing To Hide’ atas alasan dirinya tidak diundang disambut dengan jeritan ‘Hidup Tun’ ketika beliau melangkah keluar.<br /><br />Kira-kira 2,000 penyokong yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) terus mengiring bekas perdana menteri itu sehingga keretanya meninggalkan bangunan berkenaan yang juga adalah ibu pejabat Umno.
