Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu polis terpaksa membatalkan program dialog “Nothing2hide” kerana terdapat dua kumpulan yang akan melakukan kekecohan ketika acara itu berlangsung.<br /><br />Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, katanya, pembatalan dilakukan pada saat-saat akhir tetapi enggan mendedahkan kumpulan berkenaan apabila wartawan meminta butirannya.