Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memilih untuk membisu apabila wartawan berterusan mengasak beliau dengan soalan selepas majlisnya di tingkat tujuh bangunan Mercu UEM di Kuala Lumpur sehingga keretanya.<br /><br />Beliau hanya tersenyum simpul apabila soalan mengenai 1MDB dan amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencabar menteri kabinet yang tidak bersetuju dengannya supaya meletakkan jawatan dilemparkan tanpa henti.