Presiden FIFA, Sepp Blatter melakukan kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatan, empat hari selepas dipilih semula untuk menerajui badan induk bola sepak dunia itu buat penggal kelima. <br /><br />Blatter, 79 tahun mengumumkan keputusannya itu pada sidang akhbar, enam hari selepas FBI menyerbu dan menggeledah hotel di Zurich dan menahan beberapa pegawai FIFA kerana skandal rasuah.
