Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan perkuburan, Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, setakat ini.<br /><br />Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad berkata sebanyak sembilan lagi rangka mayat dibawa turun dari hutan berkenaan, malam tadi.
