Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mahu pihak berkuasa bukan sahaja menyiasat menteri yang hidup mewah tetapi juga berbuat demikian ke atas bekas penjawat awam yang telah bersara.<br /><br />Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini yang mempersoalkan kehidupan mewah sesetengah menteri, Ibrahim kata terdapat juga bekas penjawat awam yang mempunyai kekayaan luar biasa.
