Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata krisis keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada sikap perdana menteri, sendiri yang tidak ada ketegasan dalam membuat keputusan.<br /><br />Sikap ini, menurutnya, menjadi punca rakyat hilang keyakinan terhadap kepimpinan Najib, berbanding dengan kepimpinan semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui negara yang menjadikan tokoh itu disanjung oleh rakyat.
