Tiga aktivis - Adam Adli, Syukri Razab dan Mandeep Singh - yang ditangkap menjelang perhimpunan #TangkapNajib pada Sabtu lalu dibebaskan hari ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan tempoh penahanan reman mereka.<br /><br />Hakim Kamardin Hashim berkata tiada alasan yang kukuh untuk memanjangkan tahanan mereka.
