Pelbagai pihak menyambut baik keputusan Malaysia dan Indonesia menghentikan tindakan mengusir pelarian Rohingya dan Bangladesh yang terdampar di dalam bot hanyut di laut lepas.<br /><br />Menurut beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Australia, mereka akan membantu agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan pusat perlindungan dan akan menimbangkan permohonan untuk menempatkan semula pelarian itu.
