Tiada sesiapa yang berbohong dalam isu peletakan jawatan speaker Dewan Rakyat, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada sidang media di kediaman rasminya hari ini.<br /><br />Menurutnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbohong, begitu juga dengan dirinya kerana surat perletakan jawatannya tidak dibuka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Mahathir semalam mengeluh Pandikar memalukan dirinya dengan menafikan kenyataannya bahawa beliau menyatakan hasrat untuk berundur ketika mereka bertemu.