Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong hari ini mengingatkan Nga Kor Ming (DAP - Taipiing) bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) adalah jet kerajaan dan bukannnya jet peribadi.<br /><br />Beliau membuat teguran itu di Dewan Rakyat semasa pemimpin DAP berkenaan mengemukakan soalan tambahan mengenai usaha kerajaan mengawal perbelanjaan dan hutang negara.