Pakatan Rakyat menyambut baik tuntutan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu menyaksikan 'reformasi parlimen' bagi memastikan institusi itu berkecuali dan bebas daripada cabang eksekutif.<br /><br />Bagaimanapun, menurut Ketua Whip PAS Datuk Mahfuz Omar, mereka kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bersetuju berbuat demikian selepas Pandikar Amin mengugut untuk meletakkan jawatan.