Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menuntut supaya lesen syarikat judi yang membenarkan umat Islam masuk ke premis mereka ditarik balik ataupun digantung.<br /><br />Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, hanya melalui tindakan sedemikian dapat menghalang umat Islam daripada berjudi meskipun fatwa mengharamkannya telah lama berkuatkuasa tetapi tidak berkesan.
