Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan ahli exco Selangor Datuk Teng Chang Khim mengakui masing-masing belum mendapat laporan berhubung dakwaan sekumpulan penduduk Islam mengadakan protes di Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam bagi membantah pembinaan sebuah kuil di kampung mereka.<br /><br />Menurut Azmin, bantahan berlaku hampir setiap hari tetapi kekuatan kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah ia sentiasa mendengar rungutan kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.<br /><br />Semalam sebuah Semalam sebuah portal yang memetik Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kira-kira 300 hingga 500 penduduk berang dengan kerajaan Pakatan kerana membenarkan kuil dibina di kawasan majoriti penduduk Islam.