Penduduk di sebuah kawasan di barat laut Colombia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh awal pagi Isnin lalu yang setakat ini telah mengorbankan 52 orang manakala 37 lagi cedera.<br /><br />Tanah runtuh itui dilaporkan berlaku kira kira jam 3 pagi. Ia memusnahkan semua rumah, bangunan dan pokok dilaluannya. Ini mengakibatkan kawasan terjejas diselaputi tanah selut tebal dan para penduduk dilihat bertungkus lumus mengaut tanah cuba menyelamatkan apa yang termampu.
