Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur sebagai perdana menteri.<br /><br />Pada ucapannya pada sebuah majlis di Kuala Lumpur, katanya, kepimpinan Najib dipandang tinggi dan mendapat pengiktirafan pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Russia Vladimir Putin.