DAP menyuarakan kehairanan berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa umat Islam dibenar melepaskan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hukum hudud.<br /><br />Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata sebagai seorang yang bukan beragama Islam dan tanpa ilmu agama Islam, sefahamannya Islam adalah agama ramah dan bukan agama marah.
