Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Tun Mahathir Mohamad berhubung isu yang melanda negara.<br /><br />Katanya, sebahagian besar isu dan soalan berkenaan telahpun dijawab oleh Najib menerusi blognya semalam.