Bekas menteri kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan parti politik baru “pro-rakyat” yang dinamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau IKATAN.<br /><br />Katanya, selepas bekerja keras lebih dua tahun dan dengan bantuan arahan mahkamah, IKATAN akhirnya berjaya didaftarkan.
