Kerajaan Nepal dilapor berdepan cabaran untuk menghantar bantuan ke beberapa kawasan terpencil di negara itu yang terjejas teruk dengan gempa bumi susulan yang melanda Selasa lalu.<br /><br />Pekerja dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja dari khemah-khemah dan tempat perlindungan sementara untuk mengerakkan operasi menghantar bantuan, selepas gempa bumi susulan menyebabkan bangunan-bangunan kerajaan di Kathmandu rosak teruk.
