Sekurang-kurangnya 28 orang mati dan puluhan lagi dikhuatiri terbunuh selepas sebuah kilang membuat selipar terbakar di Manila, Filipina, semalam.<br /><br />Jabatan Bomba berkata, pihaknya mengira 28 mayat tetapi hanya berupaya mengeluarkan tiga berikutan sisa runtuhan menyekat laluan mereka di kilang itu lebih 12 jam selepas kebakaran.