Sekumpulan ibu bapa hari ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan dakwaan terdapat sekolah yang mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi pihak beberapa syarikat swasta.<br /><br />Mereka yang membuat laporan di Pejabat Kastam di Kelana Jaya berkata selain diri mereka terdapat sekitar seratus hingga dua ratus ibu bapa lain yang mengalami masalah sama.