Penyelesaian saman cuai antara kerajaan dan anggota keluarga Teoh Beng Hock disifatkan sebagai “kemenangan pahit”.

Lee Lan, adik bongsu Beng Hock berkata beliau kecewa apabila sistem perundangan negara ini mengira ganti rugi pada nilai RM600,000 berdasar gaji terakhir mendiang.

Menurutnya lagi, bayaran itu dibayar dengan mengambil kira jangkaan hayat 60 tahun.

Katanya, kiraan itu tidak praktikal langsung.

Ia menunjukkan bahawa nyawa seorang manusia hanya bernilai RM600,000 dan begitu murah sekali.