Pejabat Perdana Menteri menafikan terdapatnya rombakan barisan jemaah menteri seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar luas di laman media sosial hari ini.<br /><br />Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.
