Awas, sekiranya anda menerima wang kertas yang dicalit dakwat yang tidak boleh dipadamkan.<br /><br />Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) adalah kemungkinan besar wang berkenaan adalah wang curi dan perlu dipulangkan kepada bank pusat.<br /><br />Bernama memetik Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, wang kertas yang tercemar itu akan hilang tender sah, sekali gus tidak boleh dimasukkan semula ke dalam edaran.