Syarikat-syarikat bookie di Britain, dilaporkan membayar sebanyak 1 juta pound atau kira-kira RM5.4 juta kepada individu-individu yang berjaya meneka dengan betul nama anak perempuan Putera William dan Catherine Middleton.<br /><br />Pasangan itu mengumumkan bayi kedua mereka diberi nama Puteri Charlotte Elizabeth Diana.<br /><br />Nama itu dipercayai adalah gabungan tiga nama membabitkan datuknya, Putera Charles, moyangnya Queen Elizabeth II dan mendiang ibu William, Diana.
