Keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya yang didapati bersalah memiliki bahan lucah kanak-kanak mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak.<br /><br />Antaranya, adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyuarakan bantahannya di laman sosial Twitter.<br /><br />Katanya, beliau berharap MARA tidak membazir duit rakyat.
