Model sambilan dari Sabah, Persana Avril Sollunda hari ini mengekalkan keputusan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling pada 23 Apri lalu.<br /><br />Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000 yang dibayar oleh adiknya, selepas peguamnya, Muhammad Nor Izzat Nordin meminta jumlah RM10,000 yang ditetapkan dikurangkan kerana ia adalah 'kesalahan kecil'.