Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.<br /><br />Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mendakwa masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata belum reda.<br /><br />Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.