Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau 'membidas' isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor dalam tulisan blognya.<br /><br />Sebaliknya, kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya mempersoalkan gaya hidup mewah mereka seperti contoh ada pihak yang mendakwa bunga bagi majlis perkahwinan anak Najib-Rosmah bernilai RM3 juta.
