Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menafikan dakwaan bahawa Umno telah memberi amaran kepadanya untuk berhenti memberi penerangan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).<br /><br />Katanya, pihak pembangkang takut berdepan dengannya dan akan menang jika beliau berhenti bercakap mengenai cukai itu.