Satu gegaran susulan sekuat 6.7 pada skala Richter melanda Kathmandu semalam, sekali gus memburukkan usaha mencari dan menyelamat ketika angka kematian daripada bencana gempa bumi semalam mencecah lebih 3,200 orang.<br /><br />Gegaran susulan kuat itu yang boleh dirasai sehingga Delhi, India, mencetuskan runtuhan salji terbaharu yang melanda Kem Satu di Gunung Everest, namun setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.
