Surprise Me!

Krisis kemanusiaan landa mangsa gempa bumi

2015-08-05 1 Dailymotion

Ribuan penduduk Nepal yang berlindung di khemah-khemah sementara, dihimpit krisis kemanusiaan yang teruk berikutan gempa bumi kuat Sabtu lalu, yang mengorbankan lebih 3,000 orang dan mencederakan lebih 6,500 yang lain.<br /><br />Ribuan keluarga, mangsa yang sakit dan warga tua terpaksa ditempatkan di kawasan lapang, selepas rumah mereka ranap akibat gegaran, manakala beribu-ribu penduduk lagi enggan pulang ke rumah masing-masing ekoran bimbang dengan gempa susulan.<br /><br />Lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa hanya menggunakan plastik yang dijadikan sebagai selimut untuk berlindung daripada terkena hujan dan cuaca sejuk, selain terdesak menunggu bantuan.

Buy Now on CodeCanyon