Duta Malaysia ke Jakarta Datuk Seri Zahrain Mohamed akan mengadakan pertemuan dengan majalah terkemuka Indonesia, Tempo dalam masa terdekat.<br /><br />Ini berikutan penyiaran Tempo berhubung gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, datin Seri Rosmah Mansor.<br /><br />Menurut portal MyMetro, perjumpaan akan diadakan sejurus selepas Zahrain pulang ke Jakarta kerana buat masa ini beliau di Kuala Lumpur bagi mengiringi Najib bagi acara 60 tahun Persidangan Asia-Afrika, esok.
