Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.<br /><br />Gambar itu menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.<br /><br />Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.