Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapannya ketika Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-PENA di Putrajaya, mengingatkan penulis sastera agar sentiasa berkata benar, meskipun kebenaran itu selalunya pahit.<br /><br />Walaupun tidak dapat dipastikan, ucapannnya mempunyai maksud yang tersirat, ia dibuat selepas beliau memberitahu Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa bekas perdana menteri itu ‘tidak keseorangan’ dalam mendedahkan kebenaran.