Penduduk tempatan yang memeriksa sepanjang pantai di sekitar Saint-Andre di Pulau Reunion menjumpai lebih banyak objek serpihan yang dipercayai mampu membantu proses siasatan terhadap misteri kehilangan pesawat MH370. <br /><br />Antaranya, mereka menemui beberapa objek berwarna putih dan dikenal pasti sebagai kayu, daripada kawasan sama di mana seorang pembersih pantai menemui sayap Boeing 777 Khamis lalu.