Tentera Yemen yang setia kepada Presiden, Abdrabbuh Mansour Hadi merampas kembali pangkalan tentera terbesar negara ini daripada kawalan Houthi selepas satu pertempuran sengit yang mengakibatkan kematian berpuluh-puluh orang pemberontak.<br /><br />Penawanan semula Pangkalan Udara al-Anad itu adalah perkembangan baru buat penyokong Abdrabbuh selepas berjaya mengusir Houthi daripada bandar Aden pada bulan lalu.
