Seramai 700 orang dikhuatiri lemas selepas sebuah bot nelayan yang padat dengan pendatang terbalik di luar pesisir Libya, sekali gus menjadi antara nahas paling buruk membabitkan pendatang di Laut Mediterranean.<br /><br />Hanya 28 orang berjaya diselamatkan dalam insiden itu yang berlaku di kawasan luar pesisir perairan Libya, selatan kepulauan selatan Itali, Lampedusa.
