Tun Dr Mahathir Mohamad hari mendakwa slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung meniru slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang diilhamkan oleh DAP.<br /><br />Menulis di blog, katanya 1Malaysia diperkenal untuk memancing sokongan masyarakat Cina dan India selepas diberitahu bahawa golongan itu menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana Dasar Ekonomi Baru.
