Penggunaan slogan "Kita Lawan" begitu efektif sehingga ia kini digunakan oleh pemimpin Umno, kata sekretariat pergerakan itu, Akmal Nasir. <br /><br />Bercakap pada forum "Black 14 Reformasi ke #KitaLawan", Akmal berkata, penggunaan #KitaLawan lahir selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes Liwat II. <br /><br />Bagaimanapun, katanya, slogan yang sering digunakan oleh gerakan itu ketika mengadakan demonstrasi kini ditiru oleh Pemuda Umno semasa mengadakan pertemuan bersama presidennya Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu.
