Gerakan demonstrasi di negara ini masih lagi belum matang kerana dikuasai oleh parti politik kata aktivis dan bekas tahanan ISA Abdul Malek Husin.<br /><br />Menurut Malek, gerakan yang ada di Malaysia berbeza dengan di luar negara seperti Filipina, Indonesia dan Hong Kong memandangkan hala tuju gerakan itu hanya menjurus ke arah matlamat sesebuah parti.
